Pages

Monday, May 31, 2010

Video






Anugerah Sastera Negara 2009 : SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan


Dihasilkan sempena Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-10 pada 20 Oktober 2009 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Dikemaskini dan dibuat penambahan sempena program Jom Kenali SN Dato’ Dr Anwar Ridhwan pada 24 Mac 2010 di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Memuatkan tentang biodata Sasterawan Negara ke-10, Anwar Ridhwan dan diselangi dengan temu bual terkini berkaitan perkembangan kerjaya dan pencapaian beliau dalam bidang kesusasteraan. Dimasukkan juga petikan ucapan dan sesi penerimaan cenderamata semasa beliau dikurniakan anugerah pada majlis pengurniaan anugerah. Durasi video selama lebih kurang 9 minit.








Syed Hussein Alatas: Legasi Ilmuwan Sejagat


Dihasilkan sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas pada 4-6 Ogos 2009. Diedarkan secara percuma kepada para peserta seminar. Memuatkan petikan ucapan Allahyarham Syed Hussein Alatas semasa Majlis Pelancaran Buku Local and Global Social Transformation in Southeast Asia pada 14 Mei 2005 di Sanggar Tun Sri Lanang, Dewan Bahasa dan Pustaka serta petikan ceramah oleh Prof. Chandra Muzaffar semasa Syarahan Prof. Syed Hussein Alatas ‘Pemimpin Intelektual dalam masyarakat membangun’ pada 16 Februari 2008 di Dewan Seminar, DBP. Durasi video selama lebih kurang 1 minit.


Bulan Bahasa Kebangsaan (Pelancaran)

Dihasil dan ditayangkan sempena Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat kebangsaan di Kuching, Sarawak pada 6 Oktober 2009. Skrip oleh Pakar Bahasa, Ismail Dahaman dan suara latar oleh Adnan Ali. Memuatkan tentang susur galur atau sejarah Bulan Bahasa kebangsaan sempena penjenamaan semula dan dikenali semula dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Menonjolkan logo BBK yang baru menggantikan logo BBSN selama ini. Klip video ini juga menekankan bahasa sebagai alat perpaduan bangsa sempena dengan gerakan satu Malaysia. Durasi video selama lebih kurang 9 minit.

Wednesday, May 26, 2010

Buku





Lintasan Sejarah Bangsa: Jati Diri dan Psikik Melayu
Penerbit, Tahun : Terbitan Bersama Kolej Dar al-Hikmah, Akademi Kajian Ketamadun & Blue-T Publication Sdn. Bhd, 2009.


Sebuah karya yang kaya dengan pandangan kritis penulis terhadap jati diri bangsa yang semakin terungkai dan terhakis lagi meruncing untuk bersaing dalam negara berbilang kaum yang mendepani cabaran dunia yang semakin global. Bangsa tidak lagi berupaya membentengi diri menghadapi serangan-serangan minda dan budaya untuk meletakkan sandaran jati diri bangsa Melayu kepada Islam. Dari penilaian kritikal ini seharusnya bangsa perlu menyedari hakikat realiti merungkai gejala, masalah dilemma Melayu kini. Buku ini wajar dihayati untuk membantu kita mengenal bangsa dan seterusnya merangsang perjuangan memartabatkannya.
Pelbagai ulasan dan reaksi tentang buku ini antaranya http://ummatanwasatan.net/?p=5433 , http://gedungintelek.blogspot.com/2009/12/ntasan-sejarah-bangsa-jati-diri-dan.html ,
Ahmad Mohamad Said, adalah tokoh pendidik yang serius dan berwibawa dalam bidang pendidikan serta pernah berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pendidik, Pengarah Bahagian Dakwah dan Kempimpinan (1995-1997), Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (1997-1999), Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Khas (1999-2000) dan kini, setelah bersara pada tahun 200O menjadi Pensyarah Kanan di Kolej Dar al-Hikmah.

No. Kelas: 909.049923 Ahm
Lokasi: Koleksi Terbuka




The Literary 100. Revised edition.
Pengarang: Daniel S. Burt
Penerbit, Tahun : Facts On File, 2009



Apakah yang membuat seorang novelis, penyair atau penulis itu hebat dan bagaimanakah kehebatan mereka diukur atau dibanding? . The Literary 100 memberikan jawapan dengan bukti kajiselidik bagi penulis yang berpengaruh dari pelbagai budaya dan masa. Edisi ini mengandungi 100 entri yang menumpukan kepada kehidupan dan pencapaian tokoh dunia sastera yang hebat dari Charles Dicken dan Gabriel Garcia Marquez dan William Shakespeare

No. Kelas: R 809 Bur
Lokasi: Koleksi Rujukan



Yasmin Ahmad's films
Pengarang : Amir Muhammad
Penerbit, Tahun : Matahari, 2009

Amir Muhammad menulis pandangannya dari perspektif seorang kawan menyorot filem-filem hebat Yasmin Ahmad; Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentine.

No. kelas : DOK 791.4309595 Ami
Lokasi : Koleksi Dokumentasi





Kelopak pemikiran sastera Melayu

PENGARANG: Siti Hawa Haji salleh
PENERBIT, Tahun: Penerbit UKM, 2009

Mengemukakan makalah yang memberi sumbangan besar dalam genre kesusasteraan tradisional Melayu hasil kajian dan penelitian penulis dari tahun 1990 hingga 2004. Mencerminkan bidang kajian diminati penulis meliputi filologi yang mengupas kekayaan dunia kepengarangan kesusasteraan tradisional Melayu. Hampir keseluruhan artikel didasari dengan pendekatan filologi dari mengenali alat tulis lama hinggalah mengaplikasikan filologi dari perbendaharaan teks karya agung dalam sastera hikayat, sastera rakyat, sastera sejarah tradisional, sastera epik, undang-undang Melayu lama dan lain-lain seperti Hikayat Hang Tuah, Merong Mahawangsa, Hikayat Ganjamara, Syair Indera Sabaha dan Peringatan Sejarah Negeri Johor. Hubungan dan pengaruh antara kesusasteraan tradisional dan kesusasteraan moden dibincangkan dalam beberapa makalah yang menyentuh kesusasteraan bandingan.

NO. KELAS:899.2309 Sit
LOKASI: Koleksi Terbuka




Syair Awang Alak Betatar

PENGARANG: Hajah Masti Haji Ahmad
PENERBIT, Tahun: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam, 2007

Karya yang memenangi penghormatan kedua dalam Peraduan Menulis Syair Berunsur Sejarah sempena 45 tahun Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Peraduan yang bertujuan meningkatkan budaya syair sebagai asas penting pembinaan minda masyarakat dan memperkenalkan sejarah negara melalui penulisan syair. Penerbitan syair dalam dua versi, rumi dan jawi memudahkan pembaca menghayati kandungan buku. Syair ini memaparkan kisah yang berlaku pada zaman Brunei Tua, rajanya Sang Aji mendapat anak, seorang putera dari telur luar biasa dan kemudiannya dikahwinkan dengan puterinya. Semasa peninggalan suaminya, puterinya melahirkan anak dan diberi nama Awang Alak Betatar seorang yang pintar dan perkasa. Awang kemudiannya memeluk Islam berkahwin dengan Puteri Negeri Johor dan digelar Sultan Muhammad Shah. Bagindalah Raja Brunei pertama yang memeluk Islam. Baginda mempunyai seorang puteri yang kemudiannya berkahwin dengan Ong Sum Ping, dan seorang putera yang kemudiannya menggantikan pemerintahan baginda.

NO. KELAS: 899.281 Mas
LOKASI: Koleksi Terbuka



Syair Perang Kastila sebuah ristaan

PENGARANG: Pengiran Haji Aji Haji Md. Tahir
PENERBIT, Tahun: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darusslam, 2007

Penerima Hadiah Penghormatan Pertama Peraduan Menulis Syair Berunsur Sejarah sempena 45 tahun Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Syair ini mengimbas kembali kegemilangan Brunei sejak peninggalan Sultan Bolkiah yang berjaya mengembangkan empayar Brunei hingga ke Pulau Sulu. Kerana khuatirkan syiar Islam yang begitu pesat disebarluas oleh pewaris takhta Brunei, Sepanyol menyerang Brunei sekitar tahun 1500. Brunei dijajah oleh Sepanyol untuk beberapa lamanya namun ditewaskan semula oleh Sultan Saiful Rizal dan meneruskan pemerintahan beraja.

NO. KELAS: DOK 899. 281 Pen
LOKASI: Koleksi Dokumentasi


The evolution of morphology

PENGARANG: Andrew Carstairs-McCarthy
PENERBIT, Tahun: Oxford University Press, 2010

Hasil kajian evolusi bahasa yang menjurus kepada morfologi dengan pandangan yang kritis dan mencabar pandangan konvensional oleh penulis tentang hubungan antara sintaks dan morfologi menarik perhatian ahli linguistik serta sarjana sains kognitif fan antropologi.

NO. KELAS: R 415 Car
LOKASI: Koleksi Rujukan




Theory of the novel : a historical approach

Penerbit, Tahun: The John Hopkins University Press, 2000

Mengemukakan kumpulan artikel yang berpengaruh tentang teori novel yang terpilih dari koleksi Frye, Benjamin, Levi-Strauss, Lukacs, Bakhtin dan ahli teori yang meneliti kesignifikan teori novel dari pendekatan sejarah hingga variasi moden dalam novel pasca moden dan pasca kolonial. Sebuah bacaan penting bagi pembaca yang meminati bidang novel, teori genre atau analisa sejarah novel.

NO. KELAS: R89.3 The
LOKASI: Koleksi Rujukan



Susur galur antropologi Melayu

Penerbit, Tahun: Penerbit Sinar Cemerlang, 2010

Membicangkan secara terperinci tentang sejarah kewujudan bangsa Melayu, tamadun yang dibina, agama yang dianuti, peningkatan taraf sosio ekonomi serta proses perkembangan sehingga ke hari ini terutama yang merujuk kepada peradaban Melayu di Malaysia dan nusantara. Susur Galur Antropologi Melayu adalah siri bacaan berunsur fakta walaupun bersifat ilmiah namun mudah difahami berserta sisipan informasi, glosari . Mengandungi 8 judul dalam siri ini iaitu;


NO. KELAS: R 301.09595 Sus
LOKASI: Koleksi Rujukan





Letters and Books of Sir Stamford Raffles and Lady Raffles: The Tang Holdings Collections

PENGARANG: John Bastin
Penerbit, Tahun: Editions Dider Miller, 2009

Koleksi Tang Holdings mengandungi 70 surat Stamford Raffles dan 58 surat Lady Raffles yang membuka lembaran baru sejarah peribadi Raffles dan keluarganya serta meneroka laluan kehidupannya di Pulau Pinang, Jawa, Sumatra dan melakar riwayat hidup hinggalah membawa kepada peristiwa dan peranannya dalam pembukaan Singapura. Ia juga menyingkap pandangan Raffles terhadap agama, pendidikan, usahanya untuk melengkapkan penulisan History of Java dan membentuk Zoological Society of London.

The Tang Holdings yang juga amat sinonim dengan pengasasnya C.K. Tang, memiliki koleksi beberapa buku nadir, risalah dan memorabilia milik Raffles and Lady Raffles antaranya History of Java hasil buah tangan Raffles, Malay Annals yang diterjemah oleh John Leyden serta beberapa buku nadir yang amat signifikan dengan persuratan Melayu awal abad ke 19. Bahagian 7 mengandungi 57 halaman Catalogue of the Tang Holdings Collection of Autograph Letter and Books of Sir Thomas Stamford Raffles and Lady Rafffles berserta gambar berwarna buku, surat, dan mata wang, cop mohor yang diperoleh The Tang Holdings



No. Kelas: R 909.81 Bas
LOKASI: Koleksi Rujukan

Fotograf

Manuskrip/Nadir

Tesis

Pangkalan Data

Majalah


Majalah i
ISSN: 1675-3453



Solusi
ISSN: 1985-5400



Malaysian Business
ISSN: 1675-1027



CIO
http://www.cio.com/



Time Asia


Babel
ISSN: 0521-9744
http://www.benjamins.com/cgi-bin/t_seriesview.cgi?series=babel



International Journal of Corpus Linguistics
ISSN: 1384-6655
http://www.benjamins.com/cgi-bin/t_seriesview.cgi?series=ijcl


Tempo

http://majalah.tempointeraktif.com/

Applied Linguistics
ISSN 0142-6001
Online ISSN 1477-450X

Horison
ISSN 0125-9016


Language and Literature
ISSN: 0963-9470
Online ISSN: 1461-7293



Indonesia and the Malay World
ISSN: 1363-9811
Online ISSN: 1469-8382